Friday, 28 October 2011

Tentang Aku: Sinopsis Novel Kau Yang Satu

Tentang Aku: Sinopsis Novel Kau Yang Satu: Novel 'Kau Yang Satu' ini di karang oleh Nia Azalea. Jalan cerita nya best... mudah difahami... dan plotnya tidak berbelit-belit. Sinopsis ...

Kecantikan Seorang Lelaki~

Kecantikan seorang lelaki
bukan kepada rupa fizikal
tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang
cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu
mengalirkan airmata
untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia
menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi
madu,setelah menerima
racun

4) Lelaki yang tenang dan
lapang dada

5) Lelaki yang baik
sangka

6) Lelaki yang tak pernah
putus asa
Kecantikan lelaki berdiri
di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang
ada pada Nabi
Muhammad saw adalah
kecantikan yang
sempurna seorang lelaki..

Wednesday, 26 October 2011

-Luahan Lelaki Pada Wanita-

Kami sulit menahan
pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian
diamanahkan Allah
kecantikan dan postur
yand ideal,
kami semakin susah
untuk menolak agar tidak
melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah
serta longgarkanlah
pakaian kalian
dan tutupilah rambut
hingga ke dada kalian
dengan kerudung yang
membentang.
Kami sulit menahan
pendengaran kami
ketika berbicara dengan
kalian,
apalagi jika kalian
diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan
irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah
suara kalian
tatkala berbicara di
berhadapan dengan kami
dan berbicaralah
seperlunya sahaja.
Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati
kalian,
ketika kalian dapat
menjadi
tempat untuk dicurahkan
segala isi hati kami,
waktu luang kami
kadangkala akan sering
terisi
oleh bayangan-bayangan
kalian,
kerana itu janganlah
kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati
bagi kalia
Kami tahu kami insan
lemah
bila harus berhadapan
dengan kalian,
kekerasan hati kami
dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum
kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan
melihat kalian menangis.
Sungguh ALLAH telah
memberikan amanah
terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH
murka dan memberikan
keputusan-Nya.
Maha Besar dan Maha
Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati
kami ini,
hanya dengan ikatan
yang suci dan yang
diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal
bagi kami.
"LAlu apa yang telah aku
lakukan selama ini..YA
Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan
yang tak terjaga,
untuk iman yang tak
dipelihara,
lisan yang merayu dan
hati yang tak terhijab,
Ya Rabb, Engkaulah
mengawasi kami setiap
detik,
kerana kasih sayangMu
ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah
malaikan silih berganti
menemani kami siang dan
malam
agar iman kami dapat
dijaga...

Tuesday, 25 October 2011

MaRi kiTa LetaKan BebAn kiTa

Seorang pensyarah
mengangkat segelas air
dan bertanya kepada
pelajarnya
“Anda semua teka berapa
berat segelas air ini?”
Mahasiswa menjawab,
mereka meneka dari 5
liter sampai 200 liter.
” Sebenarnya, jawapan
anda ada yang betul tapi
apa yang hendak saya
sampaikan hari ni ialah
bukan masalah berat
kandungannya, tapi
bergantung berapa lama
anda memegangnya.
Jika saya memegangnya
selama 1 minit, tidak ada
masalah. Jika saya
memegangnya selama 1
jam, lengan kanan saya
akan sakit. Dan jika saya
memegangnya selama 1
hari penuh, mungkin anda
harus memanggilkan
ambulans untuk saya.
Beratnya sebenarnya
sama, tapi semakin lama
saya memegangnya,
maka bebannya akan
semakin berat”.
“Jika kita membawa
beban kita secara
berterusan, lambat laun
kita tidak akan mampu
membawanya lagi. Beban
itu akan meningkat
beratnya”.
“Apa yang harus kita
lakukan adalah
meletakkan gelas
tersebut, rehat sekejap
sebelum mengangkatnya
lagi”.
Kita harus meninggalkan
beban kita secara
berkala, agar kita dapat
lebih segar dan mampu
membawanya lagi. Jadi
sebelum pulang ke rumah
dari pekerjaan petang ini,
tinggalkan beban
pekerjaan. Jangan bawa
pulang. Beban itu dapat
diambil lagi besok.
Apapun beban yang ada
di bahu anda hari ini,
cuba tinggalkannya
sekejap jika boleh.
Setelah berehat nanti
boleh diambil lagi……
Hidup ini singkat, jadi
cubalah menikmatinya!!
Perkara terindah dan
terbaik di dunia ini tidak
dapat dilihat, atau
disentuh, tapi hanya
dapat dirasakan jauh di
dalam hati anda.

SEbab-sEbab lElaki mUda LebiH suKa waNita BeRusiA

1. Wanita berusia adalah lebih
matang

Lelaki akan lebih tertarik dengan
wanita yang matang. Sifat matang
terdiri daripada dua, a) matang dari
segi perwatakan termasuklah cara
pemakain dan cara hidup b) matang
dari segi pemikiran termasuklah cara
percakapannya. Pada pendapat saya
wanita berusia kebanyakkannya
telah melalui satu tempoh hidup
yang penuh dengan cabaran.
Wanita berusia akan lebih mudah
memahami dan bijak dalam
menyelesaikan masalah dengan
sifatnya yang lebih matang. Tahu
menilai mana baik dan yang mana
buruk.

2. Wanita berusia mempunyai
sifat keibuan yang tinggi

Saya rasa, sebab kedua ini adalah
antara sebab utama kenapa
sekarang lebih ramai lelaki suka
memilih wanita berusia untuk
dijadikan pasangan hidup. Mengapa?
Apabila sudah berumahtangga,
impian yang paling besar bagi
pasangan suami isteri adalah untuk
mendapatakan cahaya mata. Bagi
suami, sudah semestinya mereka
mahukan wanita yang betul-betul
sesuai menjadi isteri dan ibu kepada
anak-anak mereka. Jawanpannya
adalah dengan memilih wanita
berusia akan dapat menyelesaikan
masalah tersebut. Sekiranya lelaki
memilih wanita muda atau dalam
bahasa mudahnya wanita yang
belum bersedia untuk menjadi ibu
akan menimbulkan masalah dalam
rumahtangga mereka nanti. Pada
kebiasaanya wanita awal 20-an
banyak mengalami masalah seperti
ini apabila mereka sudah
berumahtangga.
3. Wanita berusia lebih hebat
dan lebih berpengalaman
diranjang
Bagi lelaki yang mempunyai nafsu
seks yang tinggi, mungkin faktor ini
menjadi sebab kenapa lelaki suka
memilih wanita berusia. Tidak
dinafikan juga wanita muda kadang-
kadang hebat diranjang. Wanita
berusia terdirinya daripada anak
dara lanjut usia ( andalusia) dan juga
berkemungkinan berstatus janda.
Bagi wanita berstatus janda,
pengalaman mereka diranjang akan
dimanfaatkan apabila bersama lelaki
muda (suami). Lelaki yang
mempunyai keinginan seks yang
tinggi perlu menitikberatkan faktor-
faktor seperti ini supaya tidak akan
berlaku kes curang dalam
rumahtangga.

4. Wanita berusia kebanyakkan
bekerjaya dan berharta.

Pada pemerhatian saya selama ini,
kebanyakan wanita berusia
mempunyai kerjaya yang hebat.
Sehinggakan kerjaya tersebut
membataskan masa mereka untuk
mencari pasangan hidup. Makin
berjaya makin susah untuk lelaki
mendekati mereka. Tetapi ada
sesetangah lelaki yang sukakan
cabaran, mereka lebih suka untuk
mendekati wanita seperti ini. Suka
pada wanita berusia dan bekerjaya.
Paras rupa tidak menjadi masalah
bagi mereka. Di negara kita, jarang
kita lihat wanita berusia dan berjaya
dalam hidup menerima lelaki muda
daripada mereka. Yang dapat kita
lihat hari-hari adalah perempuan
muda memilih lelaki yang jauh lebih
tua daripada mereka. Di negara luar,
mungkin sudah menjadi trend
wanita berusia menyukai lelaki
muda.
Bagaimana pula dengan wanita
muda yang masih bergetah? Yay!
Sekarang anda mendapat saingan
hebat daripada kaum anda yang
lebih berusia. Haha! Tetapi,
persoalannya kenapa anda wanita
perlu tunggu berusia baru nak
kahwin? Faktor jodoh? Saya nak
ingatkan pada puan-puan, kahwin
awal itu satu nikmat dan perempuan
jangan terlalu memilih. Nak
bangkang? Saya lagi suka.:P..

5 PeRkaRa WaniTa MaHuKaN daRi LelAki

Kita selalu dengar keluhan daripada
kaum lelaki yang mengatakan
seseorang wanita tidak melayan
balik apabila mereka tegur. Mungkin
sesetengah lelaki tidak faham
dengan kemahuan seseorang
wanita. Apa yang dapat menawan
hati seseorang wanita? Bukan
senang untuk seseorang wanita
jatuh cinta dengan lelaki mungkin
kerana dia terlalu hot, seksi dan kaya
kecuali wanita itu seorang yang
terdesak.
Bagi mereka yang berperwatakan
menarik, penampilan yang
menyerlah dan mempunyai ciri-ciri
yang berbeza dengan wanita lain,
sudah pasti mereka mahukan
seorang teman yang bijak dalam
menilai kelebihan yang ada pada diri
mereka itu.Jadi, apakah yang wanita
mahukan dari lelaki?

#Yakin Diri

Tidak kira dalam apa bidang
sekalipun, keyakinan diri menjadi
kunci kejayaan dalam sesuatu
pekerjaan. Sama juga dalam
sesebuah hubungan, apabila anda
ingin bercakap dengan wanita yang
menjadi idaman anda keyakinan diri
adalah kuncinya. Tidak perlu terlalu
ego dan tidak juga teragak-agak.
Gunakan cara yang terbaik dalam
bercakap cuba sampaikan nasihat
yang membina.

#Pendengar

Yang Baik
Menjadi seorang yang pendengar
tidaklah sukar tetapi untuk menjadi
pendengar yang baik itu agak sukar.
Cuba belajar menjadi pendengar
yang baik, berikan tumpuan semasa
dia bercakap walaupun pada saat itu
mungkin anda tidak faham, tidak
ambil kisah dan mungkin juga
kadang-kadang ia membosankan.
Biarkan ia habiskan percakapannya
dahulu barulah anda mulakan
percakapan anda. Setiap komunikasi
akan berjaya sekiranya ada seorang
yang bercakap dan seorang lagi
mendengar. Bukan kedua-duanya
bercakap secara serentak.

#Menjadi

Seoran Pelawak
mungkin ramai lelaki yang tidak tahu
wanita sukakan lawak. Lawak di sini
bermakna anda cuba menunjukkan
sesuatu kelainan yang ada di dalam
diri anda iaitu lawak semulajadi yang
wujud dalam diri lelaki. Dalam lawak
ini, mestilah ada unsur-unsur
memuji atau mencintai teman anda.

#Pelajari Dirinya

Anda mungkin merasakan perkara
ini merimaskan dan menyusahkan
tetapi anda perlu belajar tentang
dirinya. Apa yang dia suka buat dan
apa yang dia tidak suka. Tapi perlu
ingat, jangan sampai mengongkong
kehidupan pasangan anda.

#Menjadi Seorang Yang
Romantis

Banyak benda yang romantis yang
lelaki boleh buat. Tetapi sesetengah
perkara itu tidak dapat puaskan hati
pasangan anda. Lelaki kadang-
kadang lupa bahawa mereka boleh
beraksi romantis dengan hanya
melalui mesej ringkas seperti saya
rindu awak, awak sentiasa dalam
hati saya, awak adalah puteri
idaman saya, awak apa khabar?,
jaga diri baik-baik dan macam-
macam lagi yang boleh
membuatkan pasangan anda
dihargai
Dalam masa 2-3 minggu, ia akan
menghasilkan sesuatu yang
menakjubkan sekiranya anda
mempunyai ciri-ciri ini dan mungkin
ada lagi yang boleh membuatkan
cinta anda kesampaian..

Wednesday, 19 October 2011

KisaH ciNta Naim & Nisa

Jangan lupa untuk tekan butang Share selepas anda baca ♥ Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan.Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya(Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi.Apabila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak,dia akan ke hadapan.Samada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat.Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna,jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan,sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.Semua orang menghormatinya,baik yang junior mahupun senior,baik yang laki-laki mahupun perempuan.Jika ada senior yang tengah membuli junior,jika Naim ada di tempat kejadian,proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan.Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya. Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya.Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan yang paling sempurna.Dek kerana mengetahui banyak mata memerhatikannya,dia betul-betul menjaga akhlaknya.Bukan kerana manusia tetapi kerana Allah.Niatnya hanya satu,supaya Islam itu terpancar dari dirinya.Hebatnya dia dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di dalam sekolahnya melainkan teman sebiliknyanya yang pernah melihat kulit badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah berhampiran dengan surau. Sudah pasti,ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia tidak mengetahui hal itu.Di hadapannya semua baik,tunduk dengan penuh tawadukknya tapi berlalunya Naim dari tempat itu,mula lah mulut mereka bergerak memuji dan mengumpat tentang Naim.Bukan sahaja pelajar biasa yang meminati Naim tapi ada juga pelajar-pelajar perempuan yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya cuma tidak disuarakan, bimbang ditegur dan yang paling mereka takuti,takut cinta mereka ditolak.Tambahan pula Naim banyak kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya menjauhi zina hati,zina yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa tatkala dia memberi tazkirah. Namun,hatta nabi Sulaiman yang menjadi raja dunia itupun diuji Allah,inikan pula seorang pelajar sekolah agama yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa arabnya masih merangkak-rangkak.Dia diuji dengan kehadiran seorang pelajar perempuan yang baru pindah ke sekolahnya.Namanya Nisa, Khairun Nisa.Orangnya putih,bertahi lalat di pipi sebelah kanan sedangkan Naim di sebelah kiri. “Ana Khairun Nisa,sila beri tunjuk ajar.”Nisa memperkenalkan dirinya. Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya,Naim melihat Nisa dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina. “Cantiknya,”hati Naim bermonolog. Tidak sampai sekelip matapun,imannya menampar hatinya.Dia terus sedar dari diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar,memohon ampun daripada Tuhan dek kerana melakukan zina,zina hati.Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih tebal.Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput kaca itu. Saat berganti saat,hari berganti hari,Nisa pun terpilih untuk menjadi salah seorang AJK surau sekolah dek kerana dia asyik ke surau berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain.Subuhnya di surau,Dhuhanya di surau,Zohornya di surau,Asar,Magrib dan Isyaknya di surau.Seringkali Naim terdengar suara wanita sedang membaca Al-Quran di balik tabir biru yang memisahkan lelaki dan perempuan,ingin dia mengintai siapakah gerangan hamba Allah itu tapi iman masih tebal menyelaput hati nafsunya.Ditakdirkan Allah,suatu hari dia ternampak Nisa masuk ke surau perempuan,maka tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar selama ini ialah suara Nisa. Sedang dia sedang bersendirian berdoa selepas solat sunat Dhuha,dia terdengar satu suara perempuan meminta tolong dari balik tabir.Suara perempuan itu sayup-sayup. “Ish..Nak tolong ke tak..Kalo aku masok belah pompuan,bukanke khalwat..ye la,mane ade orang…aku dan die je..takley,aku mesti bagitau ustaz hal ni,biar ustaz tolong..”Imannya bersuara. Tapi 1 tetap kalah kepada 2.Imannya kalah dengan nafsu dan syaitan yang menggodanya. “Kalo aku tak tolong,maybe…em…aku intai dulu la,kalo serius aku tolong segera kalo tak,aku lapor kat ustaz,”akal mula campur tangan. Tabir biru itupun diselaknya dan dia mendapati jari Nisa terkepit di almari Quran.Walaupun sakit Nisa tetap menahannya,bimbang maruahnya jatuh di hadapan seorang ketua badan Agama sekolahnya.Dan ketika itulah makhluk durjana yang bernama syaitan mula mengambil peranan.Disuntiknya bius-bius dosa ke dalam hati Naim supaya Naim tidak terasa melakukan dosa. “Em..Aku kene lapor kat ustat ke?Patot ke aku tolong?Bley ke aku pegang tangan die?Dose..”Imannya bersuara. “Ah,darurat,darurat.Even babi pun boleh makan kalo darurat.”Akal yang dibalut dengan nafsunya membuat pertimbangan. “Betul juga,ok,aku tolong.”Hatinya membuat keputusan sambil disahkan oleh Syaitan. “Er,Nisa tahan ek,kejap saya tarik pintu almari ni.”Dia memberi arahan kepada Nisa. “…ok…”Suara Nisa bagaikan bunyi ikan bersuara,entah dengar,entah tidak. Pintu almari berjaya dibuka,jari Nisa terlepas dari kepitan almari.Merah bak biji saga jarinya,hampir-hampir saja berdarah tapi kulitnya masih kuat menahan segala isi cecair daripada keluar.Tiba-tiba,Naim tanpa berfikir panjang memegang jari Nisa.Niatnya hanya satu,ingin melihat keadaan jari Nisa.Tapi dengan pantas Nisa menariknya dan berlari turun daripada surau dan menuju ke kelas. “Ya Allah,apa aku telah buat ni…Aku bukan sengaja melakukannya Ya Allah..Ampunilah aku..”Dia berdoa,menangis menyesal dosa yang baru sahaja dibuatnya sebentar tadi. Habis sahaja air matanya kering,hatinya diketuk dengan pelbagai soalan.Bukan soalan agama tetapi soal maruah dan Siqahnya.Bagaimana jika Nisa menceritakan hal tadi kepada kawan-kawannya?Bagaimana kalau cerita itu bocor kepada junior-juniornya?Kalau ustaz dapat tahu,pasti dia akan dilucutkan dari segala jawatan yang disandangnya sekarang.Dia akan dicemuh dan dihina.Dia tidak akan dapat peluang ke depan lagi sewaktu ketiadaan ustaz.Dia bimbang bercampur keliru. Lamunannya tersentak apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke surau.Peluh-peluh resah dan gelisah mengalir di pipi kanannya,dia masih di dalam bahagian surau wanita.Apa yang harus dijawab jika ditanya. Ya,menipu.Menipu adalah jalan penyelesaian yang terbaik buatnya sekarang.Lagipun dia cam suara itu,itu suara Khairul,teman sebiliknya.Baginya tidaklah berdosa menipu teman sebilik yang akrab dengannya. “Eh,Im.Ape ko wat lam surau pompuan tu?”Soal Khairul,kelihatan di mukanya perasaan ingin tahu. “Eh,takde ape-ape la.Aku just check samada quran cukup tak belah pompuan.”Jawab Naim. “Owh,baguslah wat kerja baik atas rumah Allah ni.Insya Allah ko dapat pahala,taknak share ngan aku?”gurau Khairul. Gurauan yang pada dasarnya kelihatan seperti satu lawak bodoh tetapi ada perkataan-perkataan yang menghantui fikiran Naim iaitu ‘RUMAH ALLAH’. Ya,di atas rumah Allah inilah Naim melakukan maksiat. Di atas rumah Allah inilah Naim menipu. Semuanya di atas rumah ini,rumah kepunyaan Tuan segala tuan. Tiba-tiba dia menangis tetapi bukanlah menangis seperti anak kecil menangis.Hanya air mata sahaja mengalir di atas pipinya yang sedikit cengkung.Khairul terkejut melihat Naim menangis dan bertanya sebab Naim menangis tetapi Naim hanya berdiam.Khairul membuat andaian sendiri,pada pendapatnya mungkin Naim menangis kerana bertaubat.Lantas perasaan cemburu mula menguasai dirinya.Inilah dia tanda orang beriman,pantang melihat orang lebih dekat dengan Kecintaan nya,pasti dia cemburu. “Eh Im,kelas da nak start.Jom!”Ajak Khairul. “Ok,”balas Naim. Pelajarannya selepas waktu rehat tadi tiada makna.Sepatah kata yang keluar dari mulut cikgu-cikgunya tidak satupun diingati atau diberi perhatian.Matanya tajam memandang ke arah papan hijau di hadapan kelas tetapi fikiran jauh ke laut mencari ketenangan.Jasadnya wujud tapi ruh akalnya tiada.Bukan sibuk memikirkan penyelesaian tetapi sibuk mencari masalah-masalah yang akan timbul jika cerita tadi diketahui umum. Rupa-rupanya,bukan Naim sahaja yang berjasad tanpa akal,begitu juga dengan Nisa.Cuma ada kelainannya. Nisa sama sekali tidak bimbang tentang nasibnya jika cerita itu bocor atau ada mata yang terpandang peristiwa tadi tetapi kepalanya sibuk memikirkan tentang Naim.Kedudukannya di dalam kelas menyebabkan matanya tidak berkelip memandang Naim dari belakang.Baginya,alangkah bertuah sesiapa yang dapat menawan hati Naim. Kesopanan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Naim sebentar tadi,betul-betul memikat hati suci si gadis ini.Begitulah nasib si Abid tanpa Ilmu.Pantang ditiup angin,pasti dia rebah. Tangan mula mengambil peranan,diambilnya pen merah jambu kesukaannya dan diambil sehelai kertas memo yang berada di dalam laci mejanya.Sepucuk surat ditulis sebagai tanda terima kasih buat si jejaka budiman. Surat sahaja tidak cukup,dibelinya sekotak air laici yang berharga 80sen dengan duit seringgit.Bakinya dibeli sebatang choki-choki,juga sebagai hadiah. Seperti kebiasaannya,Naim datang ke kelas seawal mungkin.Selesai sahaja solat Zohor berjemaah dan makan di dewan makan,tanpa menyalin pakaian,dia terus ke kelas.Baginya masa itu emas dan tidak boleh dibazirkan walaupun sesaat.Masih banyak pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang belum dikuasainya.Tabiatnya ini menjadi ikutan sesetangah pelajar yang lain.Pabila dia melangkah kaki ke dalam kelas,alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk kertas yang dilipat 2 dan ditindih dengan sekotak air laici dan sebatang choki-choki. Isi suratnya: Salam.. Terima kasih kerana tolong ana.. Kalau anta takde tadi,tatau la macamana ana nak buat.. Jangan bimbang,ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain.. Ukhwah Fillah, Nisa’ Sambil menghirup air laici dalam kotak itu,dia tersenyum.Dengan mengoyak plastik depan choki-choki,dia membetulkan kerusinya,mempersiapkan dirinya untuk menulis surat balas kepada Nisa.Sebaik sahaja pen nya ingin menyentuh dada kertas putih berbelang biru itu,dia terfikir alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen berwarna-warni supaya Nisa tidak jemu membacanya.Mata hitamnya terpandang bekas pensil kawan di hadapannya.Tidak pernah dia menyentuh barang orang lain tanpa izin tapi kali ini tidak lagi.Entah kawannya bagi atau tidak,dia terus menggunanya atas alasan yang sangat biasa, “standardla,kawan..”Maka bermulalah kisah cinta Naim,Si Budak Agama.Balas dia: Salam, Terima kasih atas minuman dan makanan yang saudari bagi, Ana tidak buat apa-apa melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan, Bukankah Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan? Moga Allah meredhaai kita, Dan,salam perkenalan.Ana Naim. Naim Diselitnya surat ini ke dalam buku latihan Nisa’ dengan harapan yang membulat.Maka,Naim dan Nisa mula berbalasan surat.Walaupun pada awalnya,kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua mempunyai tapak agama yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya di dalam suratnya, “Kita berbalas surat ni,tak salah ke di sisi Islam?” Pening juga Naim dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Nisa dengan jawapan, “Takpe,kita dating tak pernah.Bertentangan mata jarang sekali. Kita Ukhwah Fillah.Kita berhubungan inipun semata-mata kerana Allah.Kita niat untuk berkahwin,bukan untuk buat maksiat.” Nisa membalas, “bagaimana pula dengan zina hati?” Lalu Naim membalas, “mana ada zina hati.Zina hati tu ulamak yang buat dengan tujuan umat Islam tidak mendekati zina.Rasulullah tak kata pun.Lagipun cinta ini fitrah,masakan Allah zalim mengharamkan apa-apa fitrah manusia?” Hilang sudah prinsip yang dipegangnya selama ini. Walaupun Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Naim,namun dek kerana cintanya dia kepada Naim,di’iya’kan sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu. Naim dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya melalui gaya bahasa dan cara penulisan yang agak sedikit berbeda,lalu dia membalas, “Nisa’,bukankah Allah berfirman bahawa perempuan baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?Ana yakin anti baik dan ana pun yakin yang anti rasa ana baik.Tidak sekali Allah kata isteri yang baik untuk suami yang baik tetapi Allah kata perempuan dan lelaki bermakna belum berkahwin pun takpa.Anti meragui Quran?” Terdiam Nisa’ membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu.Ingin dia membantah tetapi bimbang dianggap meragui Quran. Mindsetnya yang mengatakan buah hatinya mempunyai ilmu setinggi langit itu menyebabkan dia semakin yakin dengan ‘fatwa-fatwa’ itu. Siqah bukanlah kerja manusia.Pengaruh bukanlah kawalan manusia.Hati manusia tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetian tidak boleh diperdangkan dengan kemewahan.Semuanya hak mutlak Allah,Tuhan yang membolak balikkan hati manusia.Jika Dia menghendaki seseorang itu mulia,maka mulialah orang itu walaupun pada awalnya dia hanya seorang anak yatim piatu.Jika Dia menghendaki seseorang itu hina,maka hinalah orang itu di atas tahtanya sendiri.Semuanya bukan dengan tiba-tiba tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nya yang diberi nama Sunnatullah. Kepercayaan manusia terhadap seseorang itu akan datang bila dia mendekatkan diri dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang terhadapnya menjadi lebih solid pabila dia menyempurnakan apa yang dilafaznya.Inilah hukum yang ditetapkan Ilahi. Makin hari,pengaruh Naim semakin jatuh.Kawan-kawan dan junior-juniornya semakin bosan dengannya.Sebab?Tiada. Jelas sekali soal hati,Dia yang punya.Hidup Naim juga menjadi tidak tentu hala.Dulu dia berbaju ketika mandi di kolah,kini tidak lagi.Pertimbangan akal menjadi semakin kurang,mungkin terlampau tebal kabus dosa yang menutupi hatinya.Siqahnya kian jatuh.Terkadang dia dimarahi oleh cikgu-cikgu kerana prestasinya yang kian merosot. Dia merasakan tekanan semakin bertambah.Tiada lagi sakinah yang dianugerahkan kepadanya dulu.Tiada lagi senyuman tatkala kesusahan.Tiada lagi nasihat-nasihat penenang yang mampu diberi pabila adik-adik datang meminta nasihat. Jika dulu dia mampu mengambil tugasan luar walaupun ketika peperiksaan bulanan dijalankan,kini tidak lagi.Bukan peperiksaan pun dia tidak dapat mengatur masa dengan baik.24 jam baginya tidak cukup.Masa untuk dia belajar,masa untuk dia berpersatuan dan masa untuk Nisa.Pernah dia berdoa meminta diberi 1 jam lebih tapi dia tidak sedar bahawa jika dia diberi 100 jam lebih pun,pasti tidak mencukupi. Khairul merasa hairan dengan perubahan sikap kawan sebiliknya itu.Kadang-kadang tersenyum seorang diri,kadang-kadang masam dan kadang-kadang seperti bercakap seorang diri.Naim seakan-akan gila.Betul Naim gila,gila bayang.Panahan syaitan benar-benar telah menusuk ke dalam hatinya,membuat satu lohong iman di dalam hatinya.Khairul cuba bertanya mengapa dia seakan-akan berubah tapi dimarahnya Khairul, “kubur lain-lain,syurga lain-lain,neraka pun lain-lain!” “Betul,sebab lain-lain la aku nak tanya ko.Mane la taw ko ade masalah,bimbang takut di sana pun ko ade masalah.”Ujar Khairul. “Ko taw kan firman Allah, kuu anfusakum wa ahli kum naara?”Soal Naim. “jagalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka..jadi?”Jawab Khairul. “Jadi?!Aku ahli keluarga kau ke?!”Marah Naim lagi. Khairul terdiam sedar bahawa ilmunya tidaklah setanding dengan Naim.Perasaan kesal timbul dalam hatinya atas tindakan sahabatnya sebentar tadi.Namun,atas dasar silatur rahmi kerana Allah,dia nekad untuk mengetahui punca Naim berubah. Baginya pokok tidak akan bergoyang jika beruk tiada di dalamnya.Walaubagaimanapun,Khairul tidaklah selicik Naim, dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya selari dengan Islam atau berserenjang dengan Islam.Lalu disampaikan isi hatinya kepada Ustaz Faidi, Mentornya. “Er Ustaz,saya ada masalah nak bincang dengan ustaz.”Bagitahu Khairul. “Ma?”Soal Ustaz balik. “Ustaz,saya bimbang dengan Naim,teman sebilik saya.Perangainya seperti sudah berubah.Dia macam bukan dia..Er, tataw nak terang macamana..”Terang Khairul. “Na’am,ana pun perasan perubahan pada Naim.Dia dah bukan macam dia yang dulu.Banyak perubahannya.”Tambah Ustaz. “Saya rasa,ada yang disembunyikan olehnya Ustaz dan saya rasa,ada baiknya saya menyiasat..Bolehkah ustaz?”Soal Khairul. “Dalam Islam,mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan sebagai Al-Tajassus.Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi harus pabila diperlukan.Dan dalam keadaan ni,hukumnya harus.”Terang ustaz. Penyiasatan bermula dan penyiasatan Khairul bertemu dengan jalan buntu.Tiada sebarang benda buruk yang dilakukan Naim.Namun,pabila Allah menghendaki yang gelap menjadi terang,dihilangkan bintang dan diganti dengan matahari. Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke tanah.Akhirnya surat yang disimpan selama ini dijumpai oleh Khairul ketika dia sedang membersihkan surau.Rupa-rupanya,surat-surat yang dihantar oleh Nisa’,selama ini disimpan di balik almari al-quran di hadapan tempat imam solat.Terkesima Khairul dibuatnya apatah lagi ketika membaca perkataan-perkataan yang telah berlaku evolusi,daripada ‘ana’, ‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’.Daripada ‘ukhwah Fillah’ kini ‘I luv U’. Khairul tidak salah lagi,surat itu kepunyaan Naim.Tertera nama Naim di atas belah kiri surat, ‘Buat Naim ku sayang’. Dalam tidak sedar,Khairul menangis.Dia betul-betul sedih membaca surat-surat itu,bukan kerana Nisa yang dalam pemerhatiannya juga dirampas orang tetapi sedih bagi pihak Naim.Terngia-ngia di telinganya bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Naim ketika menjadi Imam Magrib.Mengenangkan maksud ayat-ayat tersebut yang secara ringkasnya membari maksud melarang orang beriman daripada memberi nasihat tentang apa yang mereka perbuatkan, Khairul terus menangis. Dari luar surau,kelihatan Naim yang baru sahaja sampai di surau.Tanpa berfikir tentang benda lain,Naim terus memandang ke arah tempat penyimpanan ‘harta karun’nya itu.Terperanjat dia apabila mendapati Khairul sedang memegang ‘harta-harta karung’nya itu dan tanpa berfikir panjang,dia berlari ke arah Khairul.Sekali lagi dia melanggar prinsip yang diajar kepada orang-orang lain supaya menghormati rumah Allah,jangan berlari-lari di atasnya.Dia lupa bahawa dia pernah melarang kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah Allah,katanya bahawa berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri yang sedang sarat mengandung.Entah benar,entah tidak. Ditolaknya Khairul ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang oleh Khairul. “Woi,ape ko buat ni?!!!”Marah Naim. “Woi?Mana pergi bahasa mu wahai kawan?Mana pergi sopan santun mu wahai kawan?Mana pergi dirimu yang dulu wahai Naim?”Soal Khairul sambil mengesat air mata yang sedang mengalir.Naim terdiam. “Rupanya,inilah masalah mu wahai kawan.Tiada ku sangka dirimu sedemikian,wahai kawan.Bagiku engkau lah model, engkaulah insan sempurna yang memancarkan sinar Islam ke sekolah ini.Kini kau sirna wahai kawan,kau mutiara yang kian sirna!”Marah Khairul. “Ah,kau peduli ape!”Naim bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata-kata Khairul. “Jujur aku tanya,kau couple Im?”Soal Khairul. “Aku couple ke,aku tak couple ke,tu soal aku la.Dosa biar aku tanggung sendiri!Jangan risau la,aku takkan heret kau masuk neraka sama dengan aku!”Lantang sungguh Naim berbicara.Dia lupa di atas lantai rumah siapakah yang dia pijak sekarang. Khairul berlalu dari tempat itu dengan penuh penyesalan.Ingin dia salahkan takdir kerana menemukan dia dengan seorang kawan yang hipokrit seperti Naim namun dia akur dengan qada’ dan qadar Ilahi. Semasa mereka bekelahi sebentar tadi,mereka bukan berdua.Di balik tabir biru itu ada 3 pasang telinga yang mendengarnya secara tidak sengaja.3 orang pelajar junior perempuan baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Dhuha mendengar setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka berdua. Malang si Naim.3 orang pelajar itu bukanlah pelajar yang diam sifatnya.Dihebahkan berita Naim berpacaran ke setiap juzuk sekolah sehingga para cikgu pun tahu mengenainya.Ke mana sahaja Naim pergi,pasti ada mata-mata yang memandangnya dengan hujung-hujung mata dan sebaik sahaja Naim pergi,mulalah syaitan berpesta dengan dosa mengumpat.Bertambah malang bagi Naim,dia tidak tahu bahawa semua orang telah tahu dia berpacaran.Tazkirah yang seringkali ditunggu oleh semua pelajar kini dicemuh,dihina dan dikutuk oleh semua yang mendengarnya kecuali kekasih hatinya,Nisa. Khairul,si sahabat setia ini tidak senang mendengar orang mengumpat sahabat sejatinya. Akhirnya dia berkeputusan untuk menyampaikan sendiri kepada Naim bahawa semua orang sedang mencelanya. “Im,senanye..Sume orang da taw ko couple..”Bicara Khairul secara perlahan. “Hah?!”Terkejut Naim.Apa yang ditakutinya kini menjadi realiti. “Ko bagitaw orang?!!!!”Soal Naim. “Eh,tak..Aku pun tak taw macamana bley..” “Ah!! Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku tau dari dulu lagi ko dengki ngan aku, ko dengki ngan jawatan aku dapat!Aku taw kau sengaja nak jatuhkan aku!”Naim memotong dengan lajunya,melebihi had laju yang sepatutnya. “Demi Allah..” “Jangan main dengan sumpah!Berani sebut nama Allah dalam wat dosa,dasar…”Sekali lagi Naim memotong,laju benar susun katanya. “Aku menyesal bagitahu kau,aku ingat kau la kawan aku yang sejati rupa-rupa..” “Rupa-rupa apa?!Musuh?!”Naim marah lagi. “Na’am!Musuh Allah,musuh agama Allah!Ko nasihat orang jangan bercouple,jangan zina hati, jangan itu,jangan ini tapi dalam masa sama kau buat!Ko lupa ayat-ayat surah As-Saf yang ko selalu baca tyme jadi Imam?Ko lupa?!Meh aku ingatkan ko! Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang engkau kerjakan,sungguh besar kemurkaan Allah pada engkau! Ya,pada engkau Naim!Allah memurkai mu dan layaknya aku membenci mu!” Balas Khairul dengan penuh perasaan kecewa.Lalu dia meninggalkan bilik dengan menarik tombol pintu dengan sekuat-kuatnya. Keheningan dan kesunyian malam itu dipecahkan dengan dentuman pintu bilik khas,bilik Naim dan Khairul.Di sekolah itu mereka sahaja yang diberi keistimewaan untuk tinggal di bilik dan orang lain di dorm,memandangkan mereka ialah ketua dan penolong ketua pelajar di sekolah itu.Pelajar-pelajar senior yang mendengarnya keluar dengan berlari,hati mereka ingin benar mengetahui apa yang berlaku namun kelihatan hanya Khairul sedang berjalan menuju ke tandas.Berbeza pula dengan pelajar junior,mereka dengan lajunya menutup lampu dan berpura-pura tidur,bimbang nama mereka dipanggil untuk dijadikan ‘lauk’ para senior malam itu. Kata-kata Khairul benar-benar menikam qalbu terus ke akal.Tersentak Naim buat seketika. Mimpi ngeri dalam hidupnya baru bermula.Tidak,dia baru sedar yang dia dalam mimpi ngeri. Tindakan segera wajib diambilnya jika tidak Siqahnya akan terus merudum jatuh menyembah bumi.Jika dia terus begini,tiada lagi ‘Abg Naim Si Budak Surau’ atau gelaran ‘Wali Naim’.Tiada lagi kesetiaan,tiada lagi kepatuhan dan tiada lagi insan yang akan menghormatinya menggunakan hati mereka.Apa yang ada hanya lakonan.Buah di luar, duri di dalam. Dikuatkan hati,diringankan tangan untuk menulis surat terakhir buat kekasih hatinya. Tapi ternyata dia gagal.Semalaman dia tidak lena,pening memikirkan jalan penyelesaian yang pasti tiada jawapannya.Akibatnya,dia tertidur di dalam kelas. “Naim,bangun!”Arah Cikgu Marlina,cikgu matematik tambahan yang terkenal dengan garang dan keceluparan mulutnya. Naim terjaga dari lenanya dan terus berdiri. “Apa dah jadi dengan awak ni?Dalam kelas tidur,luar kelas bercinta!”Marah Cikgu Marlina. Awan hitam kini melitupi Naim,dia merasa tersangat malu.Bukan arang yang diconteng ke mukanya sekarang tetapi najis,najis manusia,manusia yang bernama Naim,najisnya sendiri. Tiada kata dapat dibalas,dia hanya tunduk terdiam. Naim bijak dalam beragama tapi dia gagal dalam berpolitik.Dia tidak sedar akan tindakan untuk tunduk dan diam itu bukanlah satu tindakan yang betul dalam berpolitik.Tindakannya itu sepeti dia mengakui kesalahannya dan dalam erti kata lain,dia mengakui bahawa dia sedang bercinta. Marah Cikgu Marlina tadi bukan sahaja menampar Naim tapi terbias juga kepada pasangannya, Nisa.Nisa tunduk,akur dengan kesilapannya.Kini,dia sedar bahawa dia telah menarik Naim ke lembah kebinasaan.Surat pertamanya,surat tanda terima kasih itu merupakan surat jemputan ke neraka.Dia sudah sedar segala-galanya.Surat,hadiah dan fatwa-fatwa Naim itu merupakan alatan-alatan yang dibuat oleh syaitan.Nampak seperti sesuai dengan syarak tapi penuh dengan unsur kemaksiatan,tidak dapat dilihat oleh mata kasar,hanya mata hati dapat mengesannya. Cara yang terbaik untuk Nisa sekarang,menulis surat terakhir,surat tanda perpisahan, surat yang akan meniupkan kembali segala kebaikan dan menutup segala keburukan.Dengan nekad yang kuat di dalam hati,keyakinan yang tinggi terhadap Islam,Nisa memegang pen merah jambu kesayangannya dan mula menulis. Salam sayang, Sudah hampir 5 bulan kita bercouple, Ayang percaya yang sayang sudah tahu isi hati ayang, Ayang benar-benar menyintai sayang.. Sepenuh jiwa dan raga ayang.. Namun,ayang sedar satu benda,benda yang mungkin buat kita menangis, Dalam kita asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama,kita telah balutinya dengan cinta yang penuh dengan kepalsuan.Cinta manusia yang tidak mempunyai dasar yang kukuh.Kita selesakan diri kita dengan menyatakan cinta kita berdasarkan iman tapi dengan iman itu kita melakukan maksiat.Benar kita tidak pernah berjumpa,berdating seperti remaja lain tapi maksiat bukan itu sahaja. Ayang yakin dengan kata-kata sayang bahawa tiada hadis yang menyatakan zina hati tapi ayang baru perasan bahwa ayat la taqrabu zina itu menggunakan fail qaraba yakni perbuatan mendekatkan dengan hati.Maknanya,dengan hati pun tidak boleh dekati zina. Ayang bukanlah membuat fatwa atau apa-apa ajaran tetapi itulah yang ayang percaya.Tindakan kita ini tidak lain tidak bukan,membersihkan najis dengan air kencing sendiri.Najis tidak bersih tetapi bertambah kotor,mengalir dan terus mengalir mengotori semua tempat. Sayang..Ayang percaya pada jodoh.Jika kita dijodohkan bersama,Insya Allah,kita akan bersama.Tidak perlu bercouple atau berkenalan,jika Allah nak kita bersama,insya Allah kita bersama. Percayalah,itu hak Allah.Dia boleh buat apa yang dia suka.Dia yang menghidupkan Isa tanpa bapa,menyejukkan api yang membakar nabi Ibrahim,memutuskan air penghalang nabi Musa dan menghidupkan Sam bin Nuh buat nabi Isa.Jika semua perkara ganjil itu Allah yang buat,apatah lagi soal jodoh yang merupakan soal kebiasaan. Semoga apa yang kita bina selama ini diampuni Allah. Ukhwah Fillah. Nisa Tertitis setitik dua air matanya di atas surat itu tapi cepat-cepat dilapkan supaya tulisan tidak hilang.Sengaja dia tidak mengambil kertas baru dan menulisnya kembali supaya Naim faham isyarat yang cuba diberinya.Hati Nisa tidak mahu tapi disebabkan imannya, agama didahulukan.Kemahuan ditolak ketepi walaupun perit menolaknya. Surat keramat diletakkan di atas meja Naim,kali ini tiada lagi air laici dan tiada lagi choki-choki,surat semata-mata.Naim membacanya dan dia telah bersedia dengan keadaan ini.Tiada lagi air mata,tiada lagi tangisan tiada lagi kedukaan.Kisah cintanya jelas bukanlah cinta yang menghasilkan CINTA tapi cinta yang berpaksikan maksiat semata-mata. Tangannya pantas mencari kertas dan pen untuk membalas surat terakhir ini.Tengah dia berfikir ayat-ayat cinta terakhir,hidayah Tuhan sampai.Cahaya yang akan menghilangkan segala titik hitam yang bertapak di permukaan hatinya.Cahaya yang akan membaca cinta ini kepada CINTA. Dengan penuh yakin,dia mengoyak kertas yang ditulisnya tadi.Dia yakin,jika dia menulis surat balas,syaitan akan mencelah dan mengambil peluang lagi ke atasnya.Biarlah surat ini bergantung sebegini supaya dapat disambung di akhirat nanti. Sama-sama kita jadikan iktibar. Jangan lupa untuk tekan butang Share selepas anda baca ♥