Kita selalu dengar keluhan daripada
kaum lelaki yang mengatakan
seseorang wanita tidak melayan
balik apabila mereka tegur. Mungkin
sesetengah lelaki tidak faham
dengan kemahuan seseorang
wanita. Apa yang dapat menawan
hati seseorang wanita? Bukan
senang untuk seseorang wanita
jatuh cinta dengan lelaki mungkin
kerana dia terlalu hot, seksi dan kaya
kecuali wanita itu seorang yang
terdesak.
Bagi mereka yang berperwatakan
menarik, penampilan yang
menyerlah dan mempunyai ciri-ciri
yang berbeza dengan wanita lain,
sudah pasti mereka mahukan
seorang teman yang bijak dalam
menilai kelebihan yang ada pada diri
mereka itu.Jadi, apakah yang wanita
mahukan dari lelaki?
#Yakin Diri
Tidak kira dalam apa bidang
sekalipun, keyakinan diri menjadi
kunci kejayaan dalam sesuatu
pekerjaan. Sama juga dalam
sesebuah hubungan, apabila anda
ingin bercakap dengan wanita yang
menjadi idaman anda keyakinan diri
adalah kuncinya. Tidak perlu terlalu
ego dan tidak juga teragak-agak.
Gunakan cara yang terbaik dalam
bercakap cuba sampaikan nasihat
yang membina.
#Pendengar
Yang Baik
Menjadi seorang yang pendengar
tidaklah sukar tetapi untuk menjadi
pendengar yang baik itu agak sukar.
Cuba belajar menjadi pendengar
yang baik, berikan tumpuan semasa
dia bercakap walaupun pada saat itu
mungkin anda tidak faham, tidak
ambil kisah dan mungkin juga
kadang-kadang ia membosankan.
Biarkan ia habiskan percakapannya
dahulu barulah anda mulakan
percakapan anda. Setiap komunikasi
akan berjaya sekiranya ada seorang
yang bercakap dan seorang lagi
mendengar. Bukan kedua-duanya
bercakap secara serentak.
#Menjadi
Seoran Pelawak
mungkin ramai lelaki yang tidak tahu
wanita sukakan lawak. Lawak di sini
bermakna anda cuba menunjukkan
sesuatu kelainan yang ada di dalam
diri anda iaitu lawak semulajadi yang
wujud dalam diri lelaki. Dalam lawak
ini, mestilah ada unsur-unsur
memuji atau mencintai teman anda.
#Pelajari Dirinya
Anda mungkin merasakan perkara
ini merimaskan dan menyusahkan
tetapi anda perlu belajar tentang
dirinya. Apa yang dia suka buat dan
apa yang dia tidak suka. Tapi perlu
ingat, jangan sampai mengongkong
kehidupan pasangan anda.
#Menjadi Seorang Yang
Romantis
Banyak benda yang romantis yang
lelaki boleh buat. Tetapi sesetengah
perkara itu tidak dapat puaskan hati
pasangan anda. Lelaki kadang-
kadang lupa bahawa mereka boleh
beraksi romantis dengan hanya
melalui mesej ringkas seperti saya
rindu awak, awak sentiasa dalam
hati saya, awak adalah puteri
idaman saya, awak apa khabar?,
jaga diri baik-baik dan macam-
macam lagi yang boleh
membuatkan pasangan anda
dihargai
Dalam masa 2-3 minggu, ia akan
menghasilkan sesuatu yang
menakjubkan sekiranya anda
mempunyai ciri-ciri ini dan mungkin
ada lagi yang boleh membuatkan
cinta anda kesampaian..
No comments:
Post a Comment