Tuesday, 25 October 2011

SEbab-sEbab lElaki mUda LebiH suKa waNita BeRusiA

1. Wanita berusia adalah lebih
matang

Lelaki akan lebih tertarik dengan
wanita yang matang. Sifat matang
terdiri daripada dua, a) matang dari
segi perwatakan termasuklah cara
pemakain dan cara hidup b) matang
dari segi pemikiran termasuklah cara
percakapannya. Pada pendapat saya
wanita berusia kebanyakkannya
telah melalui satu tempoh hidup
yang penuh dengan cabaran.
Wanita berusia akan lebih mudah
memahami dan bijak dalam
menyelesaikan masalah dengan
sifatnya yang lebih matang. Tahu
menilai mana baik dan yang mana
buruk.

2. Wanita berusia mempunyai
sifat keibuan yang tinggi

Saya rasa, sebab kedua ini adalah
antara sebab utama kenapa
sekarang lebih ramai lelaki suka
memilih wanita berusia untuk
dijadikan pasangan hidup. Mengapa?
Apabila sudah berumahtangga,
impian yang paling besar bagi
pasangan suami isteri adalah untuk
mendapatakan cahaya mata. Bagi
suami, sudah semestinya mereka
mahukan wanita yang betul-betul
sesuai menjadi isteri dan ibu kepada
anak-anak mereka. Jawanpannya
adalah dengan memilih wanita
berusia akan dapat menyelesaikan
masalah tersebut. Sekiranya lelaki
memilih wanita muda atau dalam
bahasa mudahnya wanita yang
belum bersedia untuk menjadi ibu
akan menimbulkan masalah dalam
rumahtangga mereka nanti. Pada
kebiasaanya wanita awal 20-an
banyak mengalami masalah seperti
ini apabila mereka sudah
berumahtangga.
3. Wanita berusia lebih hebat
dan lebih berpengalaman
diranjang
Bagi lelaki yang mempunyai nafsu
seks yang tinggi, mungkin faktor ini
menjadi sebab kenapa lelaki suka
memilih wanita berusia. Tidak
dinafikan juga wanita muda kadang-
kadang hebat diranjang. Wanita
berusia terdirinya daripada anak
dara lanjut usia ( andalusia) dan juga
berkemungkinan berstatus janda.
Bagi wanita berstatus janda,
pengalaman mereka diranjang akan
dimanfaatkan apabila bersama lelaki
muda (suami). Lelaki yang
mempunyai keinginan seks yang
tinggi perlu menitikberatkan faktor-
faktor seperti ini supaya tidak akan
berlaku kes curang dalam
rumahtangga.

4. Wanita berusia kebanyakkan
bekerjaya dan berharta.

Pada pemerhatian saya selama ini,
kebanyakan wanita berusia
mempunyai kerjaya yang hebat.
Sehinggakan kerjaya tersebut
membataskan masa mereka untuk
mencari pasangan hidup. Makin
berjaya makin susah untuk lelaki
mendekati mereka. Tetapi ada
sesetangah lelaki yang sukakan
cabaran, mereka lebih suka untuk
mendekati wanita seperti ini. Suka
pada wanita berusia dan bekerjaya.
Paras rupa tidak menjadi masalah
bagi mereka. Di negara kita, jarang
kita lihat wanita berusia dan berjaya
dalam hidup menerima lelaki muda
daripada mereka. Yang dapat kita
lihat hari-hari adalah perempuan
muda memilih lelaki yang jauh lebih
tua daripada mereka. Di negara luar,
mungkin sudah menjadi trend
wanita berusia menyukai lelaki
muda.
Bagaimana pula dengan wanita
muda yang masih bergetah? Yay!
Sekarang anda mendapat saingan
hebat daripada kaum anda yang
lebih berusia. Haha! Tetapi,
persoalannya kenapa anda wanita
perlu tunggu berusia baru nak
kahwin? Faktor jodoh? Saya nak
ingatkan pada puan-puan, kahwin
awal itu satu nikmat dan perempuan
jangan terlalu memilih. Nak
bangkang? Saya lagi suka.:P..

No comments:

Post a Comment