PENGENALAN
Berasal dari Sumatera Indonesia. ( Bujur ka kadek tu aku gen kade taho juek )
Tergolong dalam rumpun bangsa Melayu. ( Nani desar benar bujur)
Bercampur sedikit darah orang dayak.
Menurut Afred Boron Hudson ( Seorang pengkaji banjar ) Banjar telah bermula pada abad ke 19.
Kawasan-kawasan banjar yang dikenalpasti
I. Batu Pahat
II. Sabak Bernam
III. Taiping
IV. Bagan Datoh
V. Tanjong Karang
Penempatan awal masyarakat banjar adalah di Batu Pahat Johor.
CIRI- CIRI orang banjar
Berkulit putih. ( amun ade nang hirang tu katurunan kaling lokok )
Mata Sepet dan colour chocolate ( mata umaku biru tu kaya’apa pulang leh? )
Seperti kacukan cina tetapi tidak jauh beza dengan melayu. ( bujur lokok )
Berani . ( Sunyaan dasar wani )
Teguh pegangan agama.
Cara hidup yang sederhana.
Pertuturan menggunakan bahasa banjar. ( Abis amun kade besurah banjar besurah nangapa lagi )
Ekonomi orang banjar
I. Orang banjar mengamalkan aktiviti ekonomi mereka dengan bertani, melukis, menanam pokok kelapa, berkebun getah dan berniaga.
II. Masyarakat banjar juga dikenali sebagai tukang besi.
( Nani gen kade taho lah bujur ka kadek ) Bujur ai lokok..
Makanan orang banjar
I. Makan makanan radisional orang banjar seperti:
Kuih kikicak ( berwarna hijau bulat2 dan berkuah )
Mandai (Kulit cempedak digoreng )
Ikan wadi ( ikan berperam )
Tutuli ( kuih telinga keeling )
Kambang Guyang ( Kuih Bunga )
Nasi gaul ( Nasi orang banjar )
Tapai. (Pulut )
Pakaian orang banjar
Orang tua bertengkolok ( memakai kain yang diikat di kepala ).
Berbaju kurung ( bagi perempuan ).
Baju kurung juga bagi lelaki ( Baju melayu ).
Memakai bedak dari beras.
Makan sireh untuk memerahkan bibir ( alat solek ).
PERMAINAN ORANG BANJAR
Main ting-ting.
Congkak.
Ceper.
Batu seremban.
P/s: kakanakan hak nang main ting-ting sunyaan toh.. Amun urang tohak main ting-ting pamali taholah.
ADAT DAN BUDAYA ORANG BANJAR
Sebelum bersanding mandi dengan air yang mempunyai bacaan doa sebagai penyeri. ( Supaya Nang muha hirang tu jadi kahabangan )
Tepung tawar : mandi secara bergilir-gilir. ( Nani aku kade taho nangapa motifnyak. Mandi bergilir2 kaya urang bungol hak.. ka’ina katampa’ian burit bebunga ) hahaha XD
Bersolek untuk menambah seri.
PANTANG LARANG ORANG BANJAR
Bayi baru lahir tidak boleh dibawa bersiar-siar dari waktu maghrib sehingga lewat malam ( pamali ).
Tidak boleh lalu bawah ampaian baju.
Tidak boleh duduk bawah alang ( kuda2 rumah ).
Tidak boleh pijak bantal ( nanti bisul ).
Memotong kuku pada waktu malam juga ditegah ( pamali taho lah kawok ).
No comments:
Post a Comment