Monday, 17 October 2011
MENANGIS
Kenapa menangis?
Kata Ibnu Qayyim - 10
Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih
sayang & kelembutan
hati.
2) Menangis kerana rasa
takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana
gembira.
5) Menangis kerana
menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana
terlalu sedih.
7) Menangis kerana
terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk
mendapat belas kasihan
orang.
9) Menangis kerana
mengikut-ikut orang
menangis.
10) Menangis orang
munafik - pura-pura
menangis.
"..dan bahawasanya DIA
lah yang menjadikan
orang tertawa dan
menangis." (An
Najm : 43)
<> Jadi, Allah lah yang
menciptakan ketawa dan
tangis, serta
menciptakan
sebab tercetusnya.
Banyak air mata telah
mengalir di dunia ini.
Sumber nya dari mata
mengalir ke pipi terus
jatuh ke bumi. Mata itu
kecil namun ia tidak
pernah kering ia berlaku
setiap hari tanpa putus-
putus. Sepertilah sungai
yang mengalir ke laut
tidak pernah
berhenti?.kalaulah air
mata itu di tampung
banjirlah dunia ini.
Tangis tercela atau
terpuji ??
<> Ada tangisan yang
sangat di cela
umpamanya meratapi
mayat dengan
meraung dan memukul-
mukul dada atau
merobek-robek pakaian.
<> Ada pula tangisan
sangat-sangat di puji dan
di tuntut iaitu tangisan
kerana menginsafi dosa-
dosa yang silam atau
tangis kerana takut akan
azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat
memadamkan api Neraka
<> "Rasulullah saw
bersabda : Tidaklah mata
seseorang menitiskan air
mata kecuali Allah akan
mengharamkan tubuhnya
dari api neraka. Dan
apabila air matanya
mengalir ke pipi maka
wajahnya tidak akan
terkotori oleh debu
kehinaan, apabila
seorang daripada suatu
kaum menangis, maka
kaum itu akan di rahmati.
Tidaklah ada sesuatupun
yang tak mempunyai
kadar dan balasan
kecuali air mata.
Sesungguhnya air mata
dapat memadamkan
lautan api
neraka."
Air mata taubat Nabi
Adam a.s
<> Beliau menangis
selama 300 tahun tanpa
mendonggak ke langit
tersangat takut dan
hibanya terhadap dosa
yang telah ia lakukan.Dia
bersujud di atas gunung
dan air matanya mengalir
di jurang Serandip. Dari
air matanya itulah Allah
telah menumbuhkan
pohon kayu manis dan
pohon bunga
cengkih.Beberapa ekor
burung telah meminum
akan air mata Adam lalu
berkata,"Manis sungguh
air ini." Nabi Adam
terdengar lalu
menyangka burung itu
mempersendakannya
lalu ia memperhebatkan
tangisannya.
<> Lalu Allah mendengar
dan menerima taubat
Adam dan mewahyukan,
"Hai Adam sesungguhnya
belum Aku pernah
menciptakan air lebih
lazat daripada air
mata taubat mu!."
Air mata yang tiada di
tuntut
<> Janganlah menangis
kalau tak tercapai cita-
cita bukan kah Tuhan
yang telah
menentukannya.
<> Janganlah menangis
nonton filem hindustan
itu kan cuma lakonan.
<> Janganlah menangis
kerana cinta tak berbalas
mungkin dia bukanlah
jodoh yang telah Tuhan
tetapkan.
<> Janganlah menangis
jika gagal dalam
peperiksaan mungkin kita
kurang membuat
persediaan.
<> Jangan menangis kalau
wang kita hilang di
jalanan sebab mungkin
kita kurang bersedekah
buat amalan.
<> Janganlah menangis
kalau tidak di naikkan
pangkat yakin lah, rezki
itu adalah pemberian
Tuhan.
Dari itu??..
<> Simpanlah air mata-air
mata tangisan itu semua
buat bekalan untuk
menginsafi di atas segala
kecuaian yang telah
melanda diri, segala
dosa-dosa yang berupa
bintik2 hitam yang telah
mengkelamkan hati
hingga sukar untuk
menerima hidayah dari
Allah swt. Seru lah air
mata itu dari
persembunyiannya di
balik kelopak mata agar
ia menitis membasahi dan
mencuci hati agar ia
putih kembali dan juga
semoga ia dapat melebur
dosa2 dan moga-moga
akan mendapat
ampunanNya jua.
Junjungan Mulia bersabda
<> "Ada 2 biji mata yang
tak tersentuh api neraka,
mata yang menangis di
waktu malam hari kerana
takut kepada Allah swt
dan 2 biji mata yang
menjaga pasukan fi
sabillah di waktu malam."
<> "Di antara 7 golongan
manusia yang akan
mendapat naungan Allah
di
hari qiamat"??seseorang
yang berzikir
bersendirian lalu
mengenang tentang
kebesaran Allah swt lalu
bercucuran air matanya."
<> "Jika tubuh seseorang
hamba gementar kerana
takut kepada Allah, maka
berguguran lah dosa-
dosanya bak gugurnya
dedaunan dari pepohonan
kering."
Berkata Salman Al Faarisi
r.a
<> Aku di buat menangis
atas 3 perkara jua :
<> 1) Berpisah dengan
Rasulullah saw dan para
sahabat-sahabat.
<> 2) Ketakutan seorang
yang perkasa tatkala
melihat malaikat Israil
datang mencabut
nyawanya.
<> 3) Aku tidak tahu
samada aku akan di
perintahkan untuk ke
syurga atau neraka.
Air mata tanda rahmat
Tuhan
<> Rasulullah saw
bersabda : Jagalah mayat
ketika kematiannya &
perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya
berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar
cecair seperti hingus.
<>.kerana hal hal
tersebut menandakan
rahmat Allah swt untuk si
mayat.
(riwayat dari Salman al
Faarisi)
<>Sucikanlah 4 hal
dengan 4 perkara :
<> "Wajahmu dengan
linangan air mata
keinsafan,
<> Lidahmu basah dengan
berzikir kepada
Penciptamu,
<> Hatimu takut dan
gementar kepada
kehebatan Rabbmu,
<> ?..dan dosa-dosa yang
silam di sulami dengan
taubat kepada Dzat
yangMemiliki mu."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment