Saturday, 15 October 2011

Cara muhasabah diri

assaalam alaik.. alhamdullillah,Allah bagi ana kelebihan untuk ana nukilkan dua pos terbaru pada malam yang sama.Syukur-syukur..!!!! Sahabat yang dirahmati Allah, InsyaAllah,dalam entri kali ini.Ana temui cara untuk kita muhasabah diri kita di samping mempelajari cara untuk menguruskan masa dengan bijak.InsyaAllah,maka kita mulakan bicara kita ya. Mari duduk depan Syafiq,kita mulakan langkahnya,.. Okey,sila ikut langkahnya ya..Tapi,sebelum itu,sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk aktiviti ini.Bahan-bahannya ialah Sehelai kertas A4 yang putih bersih. sebatang pen berwarna biru atau hitam berjenama Stabillo. Minda yang bersih. Langkah-langkahnya.. Lipat kertas A4 itu dan bahagikannya kepada tiga bahagian. tuliskan perkataan Pagi, Tengah Hari dan Malam di setiap bahagian. catatkan aktiviti harian anda bermula saat anda bangun pagi hingga anda tidur di setiap bahagian Pagi, Tengah Hari dan Malam tetapi di dalam bentuk lukisan dan BUKANNYA tulisan. BErmaksud,lukiskan aktiviti harian anda.. di setiap lukisan anda,catatkan masa yang diambil untuk menyempurnakan aktiviti itu.Misalnya,anda mengambil masa dua jam untuk menggosok gigi.JAdi,tuliskan DUA jam diperlukan untuk menggosok gigi. Buat sehingga siap.pastikan waktu anda tidak melebihi 24 jam. Akhirnya,sampailah ke masa rumusan.. cuba anda renungkan lukisan anda dan jawablah soalan berikut.. Berapakah kali anda mandi sehari..? berapa lamakah masa yang diambil oleh anda untuk tidur? berapa lamakah waktu anda berFacebook..? berapa lamakah waktu anda solat fardhu..? Berapa jam waktu diperuntukkan untuk anda berangan-angan dan lepak-lepak..? Dalam 24 jam,berapa lamakah waktu yang diperuntukkan untuk anda mengingati Allah? Sahabatku,renungkanlah terjemahan surah Al Asr.. (1)Demi masa, (2)Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. (3)Kecuali orang beriman dan orang yang beramal soleh,saling mengajak kepada kebenaran dan menasihati dengan kesabaran.

No comments:

Post a Comment